Saturday, May 25, 2013

Lirik Lagu 150 Juta: Ainan Tasneem

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”

“Aku lagi kenal dia”
Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salah saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”

“Saya kenal sayang saya”
Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya

Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna

Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa

Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala

Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua

Walawei!! Hampir Gila Kawanku Dibuatnya!!

Assalamualaikun & salam sejahtera aku ucapkan pada korang semua..
Aku ingin menceritakan sesuatu pada korang.. ermmzz..
Pada suatu hari, ketika balik dari sekolah, aku dan kawanku, Siti, Jurah & Ivon terserempak dengan seorang jejaka tampan yang digilai ramai gadis2 di sekolahku.. Kawanku, Siti hampir gila dibuatnya ataupun orang selalu cakap " hampir tak ingat dunia dibuatnya".. Siti pernah cakap kat aku, jejaka konon-kononnya hensem la sangat tuh, mirip dengan muka salah sorang member Super7 Indonesia iaitu Bryan Domani atau dikenali sebagai BD.. korang kenal tak?? Alah.. yang mukanya mirip dengan mat salleh tu.. Oh iya!! Hampirku lupa, dia kan berdarah kacukan Jerman dan Indonesia.. Biase la.. Sebenarnya aku pun syok juga kt dia.. Haha..
Ok, sampai disini je lah ye!! Kalau umur panjang, jumpa lagi okey!! Btw, ni pun my first post.. eh entah ah.. entam je.. Aku bukannye tahu pun.. Bubye!!

By,
Engkuas